Hubungan Pulau Pinang Dengan Selatan Thailand: Abad 19/20

Pendahuluan
Hubungan di antara Pulau Pinang dan Selatan Thailand terjalin berasaskan kepada hubungan perdagangan. Pelabuhan-penubuhan di bahagian pantai barat Siam seperti Trang, Phuket dan Palean telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Pulau Pinang sejak penubuhan Pulau Pinang lagi *(1) .

Pada hari ini terdapat sejumlah 14 wilayah (changwat) yang merangkumi bahagian selatan Thailand. Wilayah-wilayah seperti Phuket, Ranong, Songkhla dan Nakhorn Sithammarat lebih dikenali berbanding wilayah-wilayah ke utara N. Sithammarat seperti Chumpon dan wilayah di bahagian timur selatan Thailand seperti Pattani, Yala dan Narathiwat.

.(A) Pengunjung/Pedagang awal ke Pulau Pinang: Siapa?
Selepas British bertapak di PP, lebih ramai pedagang- pedagang dari China dan India mulai berkunjung ke tempat ini.

1. Pedagang-pedagang India dari Pantai Koromandel yang lazimnya dikenali sebagai puak Chulia turut mengunjung dan bertapak di PP. Golongan ini terlibat dalam perdagangan lembu antara Pattani/N.Sithammarat dan Pulau Pinang melalui Kedah. Salah seorang daripada mereka- Kader Mydin Mencan, tiba di PP bersama Francis Light pada tahun 1786. Kemudiannya beliau menjadi Kapitan Kling yang pertama di PP.

2. Pulau Pinang juga merupakan tempat tujuan ramai imigran-mmggran awal dari China yang bersinggah di PP sebelum mencan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan-kawasan berdekatan. Migran China yang paling awal bertapak di Ranong dan kemudiannya ke Phuket di pantai barat Siam, Khaw Soo Cheang, adalah salah seorang daripada golongan migran awal di PP. Behau tiba di PP pada tahun 1810 ketika negara China menghadapi zaman kemunduran di bawah pemerintahan Dinasti Manchu. Selepas enam tahun di PP Khaw Soo Cheang berpindah ke bahagian utara PP iaitu bahagian barat daya Siam. Di sana beliau mengasakan perniagaan di bawah nama syaraikat Khoe Guan. Seterusnya beliau dan anak-anak beliau giat menjalankan permagaan di antara perairan pinggir PP dan bahadian barat daya Siam. Kemudiannya, syarikat Koe Guan ini berpusat di PP. Pada tahun 1854 beliau dilantik sebagai Gabenor Ranong dan dalam jangka waktu pimpinan beliau, kawasan pendalaman baratdaya Siam dan PP maju dan pesat membangun*(2). Kumpulan/Kongsi Khaw (Khaw clan) diasaskan di kedua-dua selatan Thailand dan PP. Hubungan persaudaraan Khaw masih kelthatan di PP hari ini melalui tokong dan aktiviti kumpulan kongi Khaw. Pada masa kini generasi Khaw yang kesembilan masih terdapat di Malaysia, terutamanya di PP, Thailand dan di luar negara. Sememangnya, PP merupakan “gateway” ke Selatan Thailand dari Semenanjung Malaya di zaman silam.

3. Pelabuhan PP yang strategik lokasinya di antara jalan perdagangan antara India dan China turut mendapat perhatian dari pedagang- pedagang lain seperti Arab dan Persia. PP merupakan emporium perdagangan dan pelabuhan tunggal bagi kemasukan (port of entry) buruh imigran dari India ke Malaya sehingga tahun 1903 *(3) dan sebahagian besar buruh Cina.4.

4. PP juga merupakan British penal colony. Mulai 1789 banduan banduan India dipindahkan ke penjara-penjara di Puiau Pinang*(4). Setelah tamat tempoh penjara mereka, ramai di antara bekas banduan ini memilih untuk mencari mata pencarian di PP. Ramai juga yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Perkahwinan di antara golongan India Muslim dan wanita Melayu menghasilkan golongan Jawi pekan/peranakan.

(B) Hubungan Perdagangan dengan selatan Thailand
Hubungan dengan selatan Thailand terjamin hasil dari perdagangan diantara kedua kawasan ini melalui jalan laut dan darat. Mengikut sumber Siam, antara item perdagangan yang penting dt eksport ke PP termasuk bijih timah, binatang ternakan untuk daging (iembu dan kerbau), beras, ikan dan garam.

Bijih Timah
Jelas merupakan komoditi paling utama yang menyebakan termeterainya hubungan antara PP dan selatan Thailand. Hampir kesemua basil bijih timah dari Phuket dan wilayah-wilayah berdekatannya di hantar ke PP untuk diproses. Vvalaupun Phuket kaya dengan bijih timah, kemudahan melebur dan mengeksport bijih timah amat terhad. Relau peleburan yang dimiliki orang China di Phuket bukan sahaja jenis lama (open furnace),timah yang dihasilkan juga tidak tulen. Pelabuhan Phuket pula menghadapi masalah “siltation” yang menyebabkan air disekitar pelabuhan cetek dan tidak sesuai bagi kapal-kapal besar untuk masuk berlabuh.

Kemudahan unit peleburan yang moden di PP mengukuhkan (enhanced) peranan dan kepentingan pelabuhan PP sebagai pelabuhan ulung bagi eksport bijih timah dari selatan Thailand. Pada tahun 1901, Syarikat Straits Trading membuka sebuah unit peleburan moden di Butterworth, PP.*(5) Dengan adanya, kemudahan peleburan moden yang terletak berhampiran dengan Phuket, lebih banyak bijih dari Phuket dihantar ke PP untuk peleburan dan penjualan ke luar negara. Di antara tahun 1909 dan 1910, lebih dart 60% bijih dart Phuket dihantar ke PP untuk diproses*(6).

Bijih timah dart bahagian timur selatan Thailand misainya dari kawasan Belong, di wilayah Yala, berhampiran sempadan Malaysia di utara Perak turut di hantar ke PP untuk peleburan. Dalam jangka waktu 1900 sehingga 1920 an, perhubungan jalan darat antara kawasan Betong dan daerah Kroh, di Utara Perak di kendalikan melalui jalan “penarekan” dimana binatang digunakan untuk mengangkut barang-barang dan setibanya di Kroh, laluan kereta (motor road) sepanjang 64 batu menghubungan Kroh dengan Province Wellesley. Dari sini barang-barang di hantar ke PP. Konsul British di Songkhla menulis dalam laporannya pada tahun 1918 bahawa:
“… practically the whole of Belong’s trade is conducted with Kroh and thence with Penang*(7)”

Binatang ternak; Lembu/kerbau
Menulis pada tahun 1835, James Low berdasarkan pemerhatian beliau menyebut bahawa masyarakat Melayu di PP bukan golongan pentemak, hanya sebilangan yang membela kerbau, itu pun untuk membantu kerja sawah/ladang. Golongan India yang berhijrah dart negara India merupakan penternak utama; mereka menternak lembu untuk produk susu sahaja. Lembu sembelih untuk daging di import dart Kedah dan Pattani*(8).

Di masa lampau, terdapat jalan darat yang menghubungkan Pattani -Songkhla-Kedah; jalan ini merupakan ialuan paling penting bagi lembwkerbau yang dibawa untuk di jual di Pulau Pinang.

Jalan darat menghubungkan wilayah-wilayah di bahagian timur dan barat en route ke PP
Terdapat empat jalan perdagangan darat yang utama. Pertama, jalan darat dari Kedah menghubungkan Kedah dan Pattani, diikuti olch satu lagi jalan darat yang menghubungkan Kedah dan Songkhla. Jalan kedua ini kemudiannya menjadi ialuan jalan keretapi atau (west coast peninsula railway route) ketika kerja pembinaan jalan keretapt ini dimuakan. Jalan ketiga terletak lebih ke utara, menghubungkan Trang dengan Ligor (Nakhon Sithammarat) menerusi Khoan Tani. Perialanan darat yang paling di utara selatan Siam melalui perkampungan Paklao, merentasi Sungai Bandon ke Chaya*(9). Namun jalan Trang-Ligor ini meniadi kurang popular dengan penggunaan pelabuhanpelabuhan di pantai barat daya Siam seperti Phuket dan PP untuk mengeksport bijih timah

Mengikut Laporan Perdagangan dan Diplomatik Konsul British di Siam, bilangan lembu yang di eksport sememangnya besar. Kebanyakan lembu ini dt bawa dari wilayah di bahagian timur ke Trang atau Kedah sebelum mereka di hantar ke PP*(10). Lembu yang di bawa ke Trang datangya dari .

KN.Sithamrnarat manakala yang tiba Kedah datangnya dari Pattani and Songkhla (because both these places were connected direct over land to Kedah). Kedah berperanan sebagai “transit point” bagi lembu dan kerbau yang datang dari Songkhla dan wilayah-wilayah timur yang lain sebelum mereka dihantar ke PP*(11).

Selain binatang ternakan, jalan darat yang menghubungkan Kedah dengan Pattani turut digunakan untuk mengangkut pelbagat barangan lain seperti timah, getah perca, resin dan hasil hutan untuk di jual di Kedah atau PP. Pedagang Melayu tempatan yang terlibat dalam perdagangan antara negeri atau wilayah menggelar jalan darat yang di ikuti mereka untuk berdagang ini – “jalan penarekan”. Nama ini berasaskan perkataan “tarek” dan merujuk kepada jalan/denai yang di gunakan oleh gajah untuk menarik kayu balak dari kawasan hutan di atas bukit ke lembah sungai. Kemudiannya, jalan ini digunakan untuk laluan kereta lembu dan orang ramai. Orang tempatan turut menggunakan istilah “jalan gajah”, nama lain bagi jalan penarekan ini*(12).

Pengembara dan pegawai British di Malaya pernah menulis tentang perjalanan darat menghubungkan Pattani dengan Kedah melalui Genting Pahat (sempadan antara Kedah dan Pattani).Jalan ini juga digunakan untuk perjalanan orang Pattani ke Kedah untuk bekerja bagi ganjaran wang semasa musim menuai di Kedah*(13). Hasil ekspedisi yang dilancarkan oleh Hugh Low, Residen Perak dari Selama di Perak ke Pong di pattani turut menunjukkan kewujudan jalan darat Pattani-Kedah ini. Penulis laporan ini menggunakan istilah denai kerbau atau “buffalo track” untuk laluan ini dan menyatakan bahawa jalan ini bertemu wilayah Perak di bahagian hulu Sungai Rui di Utara Perak)*(14). Maka jalan ini menhubungkan Pattani-Perak dan Kedah dan seterusnya barangan yang di bawa melaui jalan ini di hantar mlaui jalan laut ke PP.


Nota Hujung

*(1) W. A. Graham, Siam, London: The De la More press, 1924, p. 117
*(2) Lihat, Historical Personalities of Penang, Penang: The Historical personalities of Penang Committee, 1986. p. 170. Untuk maklumat lanjut lihat, Jennifer Cushman, State, Penang-Thai relations. Tulisan Jennifer antaranya mengkaji peranan keluarga Khaw dalam perdagangan di antara PP dan selatan Thailand.
*(3) K. S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects Of Their Immigration And Settlement (1786-1957), London: Cambridge University Press, 1969, p. 95.
*(4) C. M Turnbull, “Convicts in the Straits Settlements 1826-1867”, JMBRAS, Vol. 43, Pt. 1/July 1970, p. 87.
*(5) Jennifer Cushman, Family and State, p. 51.
*(6) Ian Brown, The Elite and the Economy in Siam c. 1890-1920, Singapore: Oxford University Press, 1988, p. 103.
*(7) High Commissioners Office, HCO 3105/18, Visit made by His Majesty’s Consul at Senggora [Songkhla] to the Betong Division of the Yala District of Pattani, 1918, p. 3.
*(8) James Low, The British Settlement of Penang, KL: Oxford University Press, 1972 (reprint), p. 182.
*(9) H. Warington Smyth, “Notes on a journey to some of the south-western provinces of Siam”, the Geographical Journal, Vol. 6, No. 5, Nov 1895, pp. 420-421.
*(10) TDR, Siam (Saiburi and Phuket), 1906, p. 5.
*(11) TDR, Siam (Saiburi and Phuket), 1908, p. 5..
*(12) nterview with Mr. Abdullah Abru, Economics Section, College of Islamic Studies, Prince of Songkhla University, PSU (Pattani), on 19.06.2000.
*(13) A.W. Hamilton, “The Old Kedah-Patani Trade-route”, in JSBRAS, No.86, 1922, p. 389.
*(14) Arthur T. Dew, “Exploring Expedition from Selama, Perak, over the mountains to Pong, Patani, in November, 1883”, in JRAS, Malayan branch, No. 19, 1887, p. 113

Padi/Beras
Hasil padi terutamanya datang dari bahagian timur selatan Thailand dan kebanyakannya di hantar melalui pelabuhan Pattani ke Singapura. Bagaimanapun bekalan beras bagi Phuket, terutamanya untuk memenuhi permintaan beras dari pekerja-pekerja lombong Cina di situ, beras di import dari Kedah melalui pelabuhan PP.

Getah: Trang-Pulau Pinang: “Hokkien network”
Hubungan perairan di antara wilayah Trang di barest selatan Thailand dan PP sudah terjalin lama sebelum kehadiran getah sebagai komoditi di pasaran Thailand. Pengangkutan barang-barang melaui jalan laut giat dijalankan di antara pelabuhan di wilayah Trang dan PP. Apabila getah mula dipasarkan dalam tempoh 1930an, jalinan perdagangan Hokkien yang giat dalam pasaran jual beli getah di Trang dengan mudahnya dapat berniaga dengan jalinan “Hokkien para rubber system” yang turut wujud di PP*(15).

(C) Institusi pendidikan di PP menerima pelajar dari selatan Thailand.
Sekolah di PP seperti Penang Free School dan St. Xavier’s menjadi pilihan popular ramai anak-anak golongan aristokrat dan berada dari bahagian barat daya selatan Thailand terutamanya wilayah Phuket. Anak-anak lelaki dan perempuan keluarga Khaw di Phuket, Ranong dan Trang di hantar ke PP untuk mendapat pendidikan. Khaw Sim Bee (Phraya Ratsadanupradit), bekas Governor Trang; pernah menyumbangkan derma wang untuk pembangunan Sekolah Penang Free*(16).

(D) Hubungan rasmi/tidak rasmi PP- selatan Thailand
.Governor dan Konsul British di Phuket dan Songkhla terutamanya sering membuat kunjungan rasmi dan tidak rasmi ke PP. Selain itu perwakilan rasmi dari Bangkok, merangkumi pegawai-pegawai kanan Siam dan Konsul British di Bangkok sering diratkan di rumah/villa milik Khaw Sim Bee di PP.

(E) Perlindungan politik di PP
PP pemah di jadikan tempat perlindungan politik (political refuge) oleh pegawai kenamaan Thailand. Misalnya, Putera Damrong, bekas Menteri Dalam Negeri (Mahatthai) mendapatkan perlindungan politik di PP akibat pergolakan politik di Thailand sernasa pemerintahan Rama VI. Damrong memang mempunyai hubungan balk dengan keluarga Khaw, beliau sering menyokong permintaan untuk perluasaan kuasa politik dan ekonomi keluarga Khaw di selatan Thailand. Penulisannya yang bertajuk Sejarah Ranong jelas mencentakan peranan keluarga Khaw dalam memajukan Ranong, Phuket dan Trang.

(F) Pemungut cukai dan and pemasar Candu (opium farmers) dari PP di lantik di selatan Thailand
Kadang kala pemungut cukai berbangsa China dari PP mendapat pajakan untuk memungut cukai dan menjual candu di selatan Thailand. Ahli keluarga Khaw turut terlibat dalam permagaan pajakan cukai yang di tauliahkan oleh kerajaan Bangkok dan bei jaya mengumpulkan kunntungan yang besar dari sistem pajakan tersebut.

(G) Hubungan sosio-budaya/agama PP dengan selatan Thailand
Hubungan sosial yang jelas adalah antara kongsi Khaw di PP dan baratdaya selatan Thailand. Mereka meraikan perayaan seperti Cheng Beng dan mengadakan aktivitiaktiviti berkaitan Kongi mereka.

Hubungan/network Islam antara PP dan selatan Thailand tidak jelas di bahagian barat selatan Siam. Lebih ketara di bahagian timur; antara Pattani-Kelantan dan Kedah di (di barat Semenanjung)

Kesimpulan
Walaupun terdapat aspek-aspek lain di dalam hubungan Pulau Pinang dan Selatan Thailand, aspek perhubungan perdagangan telah memainkan peranan yang peting.

In the past, lack of precise international borders allowed for the fluid movement of people and goods. Territories were demarcated based on the power field of the monarch/raja. Later with the imposition of precise boundaries and the collection of excise duties on goods and passport and immigration papers, this free flow of people and passage of goods became controlled and restricted. Relations, too, were less frequent and soon this shared heritage of a trading community became a thing of the past.

Nota Hujung

*(15) Mike Montesano, `Commerce of Trang’, Ph. D thesis, Cornell University, 1998, p. 401.
*(16) Jennifer Cushman, Family and State: The Formation of a Sino-Thai Tin-mining Dynasty 1797-1932, Singapore: Oxford University Press, 1991, p. 58.