Pengkisahan Melayu Pulau Pinang
25hb Mei 2019
Bilik Sri Perak, Hotel City Bayview, Pulau Pinang, Malaysia
Ucaputama: Orang Melayu Pulau Pinang: Masalah Identiti, Integrasi dan Ketidaksamaan
oleh Dr. Nabir bin Haji Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Download printable document
Ekologi Sosial Masyarakat Di Persisiran Pantai Prai dan Pulau Pinang
oleh Prof. Madya Mohd. Razha Rashid Universiti Sains Malaysia
Lazimnya dalam olahan fakta sokongan dalam kaedah ethnografi rekonstruktif (reconstructive ethnography), iaitu pengambaran atau percitraan (imaging) corak dan bentuk (structure and form) masyarakat budaya budaya silam, empat unsur digunakan.
Download printable document
Keterlibatan Orang Melayu-Muslim Dalam Persatuan Sulit Di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19
oleh Mahani Musa, Universiti Sains Malaysia
Kajian ke atas keterlibatan orang Melayu-Muslim di Pulau Pinang di dalam kegiatan berbentuk bawah tanah sejak abad ke-19 membawa kita kepada senario sebenar permasalahan yang dihadapi, dan diwujudkan oleh sebuah kerajaan asing yang baru bertapak dan juga masalah yang bersifat dalaman dalam komuniti itu sendiri.
Download printable document
Masyarakat Keturunan Arab di Pulau Pinang: Dahulu dan Sekarang
oleh Prof. Omar Farouk Bajunid, Hiroshima City University
Masyarakat keturunan Arab adalah salah satu masyarakat yang tertua di Pulau Pinang. Masyarakat ini telah memainkan peranan yang cukup positif didalam perkembangan sejarah tempatan selama lebih dua ratus tahun.
Download printable document
Islam in Penang During British Rule: Freedom or Indifference? (Pergerakan Kumpulan Islam Semasa Penjajahan Inggeris di Pulau Pinang)
by Associate Prof. Madya Ariffin Omar, Universiti Sains Malaysia
To begin with, Pulau Pinang as a state within the Federation of Malaysia has a rather checkered reputation of being some sort of Islamic center. This claim is not without some sense of irony.
Download printable document
Hubungan Kedah-Pulau Pinang
oleh Dr. Mohd Isa Othman, Universiti Sains Malaysia
Kertas ini akan membincangkan hubungan Kedah-Pulau Pinang dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Bukanlah juga matlamat kertas ini untuk memperincikan sernua aspek tersebut tetapi hanya mengupas isu dan persoalan-persoalan hubungan dua hala negeri berjiran ini.
Download printable document
Orang-Orang Indonesia Di Pulau Pinang
oleh Abdur-Razzaq Lubis, Asian Public Intellectual (API) Fellow, Nippon Foundation
Pada tahun 1824, Belanda dan Inggeris menandatangani perjanjian Anglo-Dutch Treaty yang memisahkan semenanjung dari kepulauan Nusantara ke dalam sfera pengaruh masing-masing
Download printable document
Hubungan Pulau Pinang Dengan Selatan Thailand: Abad 19/20
oleh Mala Rajo Sathian, National University of Singapore
Hubungan di antara Pulau Pinang dan Selatan Thailand terjalin berasaskan kepada hubungan perdagangan. Pelabuhan-penubuhan di bahagian pantai barat Siam seperti Trang, Phuket dan Palean telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Pulau Pinang sejak penubuhan Pulau Pinang lagi
Download printable document
Sesi Sejarah Lisan Pengkisahan Melayu Pulau Pinang
oleh Omar Yusoff (rapporteur)
Sesi sejarah lisan diadakan pada jam 3.30 petang. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Omar Farouk Bajunid iaitu seorang Profesor daripada Hiroshima City University, Jepun. Ahli-ahli panel yang mengambil bahagian dalam sesi ini ialah: Cikgu Haji Yusoff Azmi Merican (Kumpulan Waris & Nazir Wakaf, Persatuan Warisan Pulau Pinang), Cikgu Mohamed bin Yahaya (Lebuh Acheh, Pulau Pinang) dan Cikgu Mohd. Bahroodin Ahmad (Penasihat kebudayaan, Persatuan Warisan Pulau Pinang).
Download printable document