Binance telah diperkenalkan sejak tahun 2017 oleh Changpeng Zao (CZ). Sejak diperkenalkan empat tahun lalu, Binance telah menjadi platform perdagangan kripto terbesar di dunia. Ia merupakan platform yang membolehkan pelabur membuat pertukaran mata wang kripto secara dalam talian. Malah, Binance menyokong kebanyakan mata wang kripto sehingga melebihi 150 kripto yang berbeza dengan jumlah perdagangan melebihi dua kali ganda perdagangan di NASDAQ. Dalam tempoh 24 jam, perdagangan Binance dianggarkan sehingga USD 55 bilion (sumber dari CoinMarketCap).
Binance juga menyediakan wallet kripto kepada para pelabur di mana mereka boleh menyimpan dana elektronik tersebut. Selain itu, Binance juga mempunyai program sokongan yang membantu para pelabur untuk membuat keputusan sebelum melabur.
- Pelabur boleh memiliki dan menyimpan kripto yang lebih banyak di dalam e-dompet, mendapat pinjaman serta ganjaran dana bagi pulangan faedah yang lebih tinggi
- Caj bayaran yang rendah, bermula dari 0.1 peratus dan serendah 0.012 peratus sekiranya pelabur memenuhi syarat perdagangan atau mempunyai sebarang rujukan tertentu
- Pertukaran kripto membolehkan pelabur memiliki krypto ketiga paling berharga di dunia iaitu Binance Coin (BNB) selain Bitcoin dan Etherium
Kelebihan Binance
-
- Menawarkan trading pairs yang melebihi 900 jenis dan juga melebihi 300 jenis mata wang kripto
- Binance menawarkan pelbagai jenis perdagangan, antaranya ialah spot, margin dan futures
-
- Pemilik akaun Binance berpeluang menyertai program pelaburan yang dianjurkan seperti Binance Pool, Binance Earn, Crypto Loans Binance Visa Card, dan Binance Liquidity Swap
- Pengguna boleh melabur mata wang kripto dalam stake pools, pelancaran token baru dan simpanan beserta faedah harian / tahunan
- Binance Pool membolehkan pengguna mengakses mining pool khas bagi melombong Bitcoin, Bitcoin Cash, Bitcoin SV dan Ethereum
- Penggunaberpeluang mendapat pulangan tunai sehingga 8 peratus bagi pembelian tertentu di seluruh dunia (60 juta peniaga) menggunakan Binance Visa Card, walau bagaimana pun ianya tidak termasuk di Malaysia
- Pengguna juga boleh menyumbang lebihan simpanan wang kripto kepada liquidity pool menggunakan perkhidmatan Binance Liquidity Swap bagi yang memerlukan dana dan boleh mendapat insentif daripadanya
- Pertukaran mata wang kripto ke wang fiat adalah sangat mudah kerana Binance menggunakan platform peer-to-peer
Cara Mendaftar Binance
- Muat turun aplikasi Binance di Google Playstore atau Appstore
- Daftar akaun anda terlebih dahulu
- Verifikasi akaun anda setelah mendaftar dengan menghantar gambar profil pengguna serta gambar kad pengenalan
Cara Mendeposit Ke Akaun Binance
- Pengguna perlu membeli USDT (TETHER) atau BUSD terlebih dahulu kerana matawang kripto telah diset 1 USD KEPADA 1 USDT
- Setelah membuat pembelian USDT, pengguna boleh membeli matawang kripto lain kerana caj yang dikenakan oleh Binance adalah rendah
- Kad Kredit / Kad Debit
- Penggunaan kad kredit adalah lebih mudah, namun Binance mengenakan caj perkhidmatan yang agak tinggi
- Pihak bank akan mengklasifikasikan transaksi tersebut sebagai cash advance
- Caj yang dikenakan adalah antara RM 20 hingga RM 30 bergantung kepada jenis bank serta kadar faedah harian
- P2P
- Penggunaan P2P agak popular kerana tiada sebarang caj perkhidmatan
- Namun, kadar turun naik harga USDT adalah bergantung kepada pasaran semasa
- Pelabur boleh mendapat penjual USDT dari Malaysia serta membeli matawang dengan menggunakan online banking di Malaysia
- Bank Deposit (SWIFT)
- Kaedah ini adalah tidak digalakkan kerana terdapat pelbagai kesukaran menggunakan kaedah ini
- Luno
- Pengguna boleh membuat pembelian krypto di Luno
- Kemudian, memindahkannya ke akaun Binance masing – masing
- Amat digalakkan untuk membeli XRP (Ripple) kerana caj perkhidmatan transaksi (GAS) untuk matawang tersebut adalah lebih murah
- Anda hanya dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 2% sahaja
9 Pilihan eWallet di Asia Tenggara
Terdapat 9 jenis eWallet yang boleh digunakan di Asia Tenggara bagi membuat urusniaga Binance. Antaranya adalah seperti berikut :
- PayNow
- Paylah
- ShopeePay
- DANA
- LinkAja
- Gopay
- OVO
- TNG
- GrabPay
Pengguna perlu memilih ewallet dalam profil akaun bagi membuat pembayaran dan sebagai tujuan pengesahan, pengguna perlu memasukkan nombor telefon serta memuat naik kod QR dompet pengguna.
Kesimpulan
Binance tidak memiliki lesen sah dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Malaysia, namun pengguna masih boleh membuat urusniaga jual beli kripto menggunakan aplikasi atau laman web Binance. Namun begitu, Binance adalah tersenarai dalam Daftar Makluman Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di mana ianya telah mengenal pasti laman web, produk, individu serta syarikat yang tidak dibenarkan berdagang. Tujuan pihak SC memasukkan Binance dalam Daftar Makluman kerana Binance mengendalikan “pasaran yang diiktiraf tanpa kebenaran”. SC merupakan rujukan kepada para pelabur sebelum membuat pelaburan. Melalui SC, pelabur akan memperoleh pengetahuan berkaitan pelaburan dan mengetahui peraturan yang dikeluarkan supaya pelabur terhindar dari sebarang penipuan, tambahan pula pelaburan yang tidak mempunyai lesen yang sah dari pihak SC. Setiap pelabur yang berurusan dengan pihak ketiga yang tidak mempunyai lesen adalah terdedah kepada pelbagai risiko termasuklah aktiviti pengubahan wang haram, penipuan dan sebagainya.